Doa Akhir Tahun 1430H & Awal Tahun 1431H

>> Thursday, December 17, 2009

Doa Akhir Tahun 1430H

" Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda .
Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku banyak melakukan larangan Engkau, tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab Engkau yang sudah ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan aku supaya bertaubat daripada kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku bertaubat dan memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Apa aku lakukan pada tahun ini Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohon daripada Engkau, ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram, terimalah permohonan ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku, wahai Tuhan Maha Mulia. Selamat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda dan sekalian sahabatnya. Segala puji bagi Allah memelihara dan mentadbir sekalian alam."

Doa Awal Tahun 1431H

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

Read more...

SEDIKIT INFO ISLAMI...UNTUK JIWA MUSLIM

>> Wednesday, December 16, 2009

Pakar kritik dan ahli cerca


Kritikan dan cercaan adalah satu penawar buat mereka yang menerimanya. Benar atau salah kritikan dan cercaan tidaklah terlalu penting untuk dipertimbangkan. Akhirnya, bertanya kepada diri sendiri apakah yang boleh diperbaiki untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Bagaimanapun – dalam kebanyakan kes – kritikan, celaan atau cercaan yang lahir daripada perasaan dendam, iri hati, cemburu atau sakit hati merupakan penyakit hati yang perlu dirawat.

Dulu-dulu saya sangat hairan kenapa apabila seseorang tidak menggemari [menyukai] individu yang lain, beliau masih mahu mengetahui perkembangan orang tersebut. Kemudian, bila dilihat individu itu semakin berjaya maka semakin sakitlah hatinya.

Kini saya faham, penyakit hati adalah penyakit yang sangat kronik lebih dasyat daripada kanser, jantung dan yang setaraf dengannya!

Saya tertarik dengan satu bacaan berdasarkan tulisan Dr. H. Azhari Kasim, Pemasaran Berbasis (Berasas [?]) Islam, Universitas Muhammadiyah, Indonesia. Beliau menulis:

Penyakit hati yang lain, selain su’uzh-zhann adalah ghibah. Dilarang ghibah (mengumpat/menjelek-jelekkan). Seperti firman Allah, ”Dan jangan sebagian dari kamu mengumpat sebagian yang lain.” Tahukah kamu apakah yang disebut ghibah itu? Yaitu: Kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang ia tidak menyukainya.

Kemudian Nabi ditanya: Bagaimana jika saudaraku itu memang seperti yang saya katakan tadi? Rasulullah SAW menjawab: ”jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu, berarti kamu mengumpatnya (ghibah), dan jika tidak seperti yang kamu bicarakan itu, kamu telah memfitnahnya.”

Dari A’isyah berkata: saya pernah berkata kepada Nabi: Kiranya engkau cukup (puas) dengan Shafiyah begini dan begini, yakni dia itu pendek. Maka menjawab Nabi: sungguh engkau telah berkata suatu perkataan yang andaikata engkau campur dengan air laut, niscaya akan tercemar.”

Ghibah adalah keinginan untuk menghancurkan orang, menodai harga diri, kemuliaan, dan kehormatan orang lain, sedangkan mereka itu tidak ada di hadapannya. Sikap semacam ini merupakan salah satu bentuk penghancuran karakter. Ghibah disebut juga suatu ejekan merusak, sebab sedikit sekali orang yang lidahnya dapat selamat dari cela dan cerca.

Islam melindungi kehormatan pribadi dari suatu pembicaraan oleh yang tidak disukainya untuk disebut-sebut dalam ghibah, seperti dituturkan dalam hadis Nabi Muhammad SAW, ”Barang siapa membicarakan seseorang dengan sesuatu yang tidak ada padanya karena hendak mencela dia, Allah akan tahan dia di Neraka Jahanam, sehingga dia datang untuk membebaskan apa yang dia bicarakan itu.”

Ah…. takutkah manusia? Saya mengingati diri. Tanpa disedari ghibah muncul bersama kelemahan hati dan perasaan. Ampunilah daku ya Allah.
(Sumber : http://muhdkamil.net/kehidupan/)

Read more...

KEM LITERASI AL-QURAN 2009

>> Monday, November 2, 2009

TARIKH : 22.10.09
SASARAN : 18 ORG MURID THN 5 YANG MASIH LAGI MEMBACA BUKU IQRA' 3-6
FASILITATOR : 5 ORG
MASA : BILA-BILA MASA
OBJEKTIF : KHATAM IQRA' SEBELUM CUTI PERSEKOLAHAN 2009

Read more...

PROGRAM GERAK GEMPUR KHATAM AL-QURAN

TARIKH : 22.10.09 - AKHIR SESI PERSEKOLAHAN
SASARAN : 48 ORG
MURID-MURID THN 5 YANG MEMBACA AL-QURAN DARI JUZ 1-30
OBJEKTIF :
MURID-MURID TERSEBUT DAPAT KHATAM AL-QURAN SEBELUM CUTI PERSEKOLAHAN 2009
FASILITATOR : 10 ORANG
MASA : PADA BILA-BILA MASA

Read more...

KEM SOLAT KALI 4 2009

KBS THP 2
TARIKH : 31/10/09
HARI : SABTU
MASA : 7.30 PAGI - 2 PTG
KEHADIRAN : 127/187 ORG
FASI : 10 ORG

KBS THP 1
TARIKH : 1/10/09
HARI : SABTU
MASA : 7.30 PAGI - 2.00 PTG
FASI : 15 ORG

Read more...

LAWATAN PENOLONG PENGARAH j-QAF JPNS

>> Saturday, June 27, 2009

Tarikh : 19 Jun 2009
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Kehadiran :
1. al-Fadhil Ustaz Suhaimi Md. Isa - Penolong Pengarah j-QAF N. Sembilan
2. Pn. Hasnah - GPK 1 (Kurikulum)
3. Pn. Aida Bt Abdullah Hadi - Ketua Panitia Pendidikan Islam
4. Pn. Saerah
5. Pn. Asmawatie
6. Pn. Nor Hayati Haron
7. Pn. Noor Hayati Rameli
8. Cik Hajah Asrul Ezaimi
9. En. Amzarie
10. En. Muhd Hafiz
11. Pn. Hjh. Shazlina

Antara perbincangan yang dilakukan adalah mengenai :
1. Organisasi j-QAF.
Menurut Ust. Suhaimi, ketua bagi program j-QAF adalah Ketua Panitia Pendidikan Islam dan guru-guru j-QAF yang dilantik adalah sebagai pembantu kepada Guru-guru Pendidikan Islam yang sedia ada untuk bersama-sama memartabatkan Pendidikan Islam di sekolah rendah. Justeru itu, beliau meminta agar guru-guru Pendidikan Islam dan guru-guru j-QAF hendaklah sama-sama berkerjasama dalam menjayakan program j-QAF yang telah disusun. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru Pendidikan Islam yang bersama-sama turun padang menjayakan semua modul j-QAF. Tahniah !

2. Beliau memperkenalkan Kad Khatam al-Quran. Kad Kemajuan Khatam al-Quran yang baru diperkenalkan oleh JPNS, yang akan digunakan oleh semua sekolah di N. Sembilan. Ia boleh digunakan oleh semua murid, dan pergerakan bacaan murid boleh diketahui melalui kad tersebut. Guru hendaklah menandakan bacaan murid yang lancar dgn pen dakwat biru, murid yang membaca secara BIG, ditandakan dengan pen dakwat merah, dan yang masih lagi membaca Iqra' hendaklah dilakukan tindakan susulan kerana sepatutnya murid Tahun 1 yang masih belum mencapai Iqra' 6 pada bulan ini mesti mengikuti program khusus seperti Tasmik Perdana, Kelas Sinar Pagi atau Kem Literasi al-Quran. Beliau sangat-sangat berharap agar murid-murid Tahun 5 2009 akan berjaya khatam al-Quran pada tahun 2010, pada bulan 6. Insyaallah. Bacaan murid mestilah betul dan lancar.

3. Pn. Hjh. Shazlina pernah diminta oleh Ust. Suhaimi supaya membina laman web j-QAF Negeri Sembilan pada tahun lepas. Namun, 2009 barulah ianya dapat direalisasikan. Pn. Hjh. Shazlina telah membina beberapa laman web khusus untuk j-QAF dan membentangkannya. Antara laman web yang dibina ialah :

  • http://j-qafnegerisembilan.blogspot.com
  • http://j-qafsks3f.blogspot.com
Semoga ianya memberi manfaat untuk semua.

Read more...

KEM BESTARI SOLAT 6 BLN KEDUA

>> Wednesday, June 17, 2009

TARIKH : 19 JUN 2009
HARI : JUMAAT
SASARAN : MURID-MURID TAHUN 1-3
KEHADIRAN : 240/270 ORG

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


TARIKH : 26 JUN 2009
HARI : JUMAAT
MASA : 2.00 - 5.00 PTG
SASARAN : MURID-MURID TAHUN 4-5
KEHADIRAN : 182 / 228 orang

** KEHADIRAN ADALAH WAJIB. MAKANAN DISEDIAKAN.

Read more...

KEHILANGAN ....DR. FATHI YAKAN

>> Tuesday, June 16, 2009

Jenazah Dr Fathi Yakan Diiringi Ribuan Umat Islam
Gambar menunjukkan sebahagian umat Islam yang tidak dapat masuk ke dalam masjid Tinal. Mereka berdoa dari luar.

Al-Jazeera melaporkan pada jam 12.19 (waktu Makkah Al-Mukarramah tadi bahawa ribuan umat Islam khususnya dari gerakan Islam menghadiri majlis solat jenazah Dr Fathi Yakan di Masjid Tinal di Tripoli, Utara Lubnan. Sebahagian daripada mereka tidak dapat masuk ke dalam masjid berkenaan. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan selepas solat asar kelmarin.

Syeikh Malik as-Syiar yang mengimamkan jenazah beliau telah berkata:

إن طرابلس مدينة العلم والعلماء، ومعها العالم الإسلامي بأسره تودع رجلاً من كبارها وعلمًا من أعلامها رائد الحركة الإسلامية ومؤسسها، من أفنى عمره وحياته في سبيل الدعوة إلى الله عز وجل

"Sesungguhnya Tarablas adalah bandar ilmu dan ulama. Seluruh dunia Islam telah mengucapkan selamat tinggal kepada seorang tokoh dan panji Umat Islam. Beliau juga adalah pelopor dan pengasas bagi Gerakan Islam yang telah menghabiskan kehidupannya untuk berdakwah kepada Allah."

Perarakan menuju ke tanah perkuburan, bagaikan satu demonstrasi yang besar apabila mereka melaungkan slogan-slogan Islam dan kata-kata semangat. Subhanallah!

Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh. Amin.

Kehilangan ulama adalah satu musibah bagi Umat Islam dan tanda diangkatnya ilmu diakhir zaman. Hasan Basri berkata:

مَوْتُ العَالِمِ ثَلْمَةٌ فِي الإِسلامِ لاَ يَسُدُّهاَ مَا اخْتَلَفَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ

"Matinya seorang alim adalah suatu lubang dalam Islam. Tidak akan dapat di tutup selama-lamanya." (Hr Darimi 329 dan Baihaqi dlm Syu'abul Iman 1719)

Sumber:
- http://ibnu-ismail.blogspot.com/2009/06/terkini-ribuan-umat-islam-mengiringi.html
- http://akhisalman.blogspot.com/2009/06/jenazah-dr-fathi-yakan-selamat.html

Read more...

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

>> Sunday, June 14, 2009

15 JUN 2009...KEMBALI KE SEKOLAH SETELAH BERCUTI....SEMOGA SEMUA BERADA DI DALAM KEADAAN WALAFIAT DAN BERSEMANGAT UNTUK BELAJAR SEMULA....TUNGGUKAN KEHADIRAN KBS UNTUK KE SEKIAN KALINYA...LEBIH MERIAH, LEBIH GEMPAK !!!

Read more...

KOD BABI DALAM MAKANAN

>> Tuesday, June 9, 2009

Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam
Oleh : Dr. M. Anjad Khan

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab " KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin didunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.

Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut .Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat- ubatan harus dicantumkan pada kemasan.

Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak- lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multivitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut di bawah ini mengandung lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422,
E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472,
E473, E474,

E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.
________________________________________

Terpulanglah kepada sahabat2 sekalian samada untuk menerima atau menolak. Ia sekadar peringatan kepada kita semua sebagai pengguna Islam. TQ.

Read more...

SELAMAT BERPINDAH

>> Sunday, June 7, 2009


USTAZAH SITI KASMAYATI AKAN BERPINDAH KE SEK KEB TENOM BERMULA JUN INI. SEMOGA BELIAU GEMBIRA WALAU DI MANA BERADA. DOAKAN KAMI SENTIASA BERJAYA MEREALISASIKAN HASRAT KPM INI. GAMBAR ATAS KELIHATAN UST.KAS DGN CIKGU AHCOI TGH MENJALANKAN KERJA-KERJA GOTONG-ROYONG. KENANGAN SAHAJA JADI INGATAN.

Read more...

ARTIKEL-ARTIKEL j-QAF

>> Friday, May 15, 2009

PROGRAM j-QAF BERJAYA !

KUALA LUMPUR 3 Julai – Program Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j- QAF) akan diperluas dan diperkasa sebagai salah satu kaedah meningkatkan kemahiran pelajar dalam tulisan jawi.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sehingga kini program berkenaan berjaya meningkatkan kemahiran pelajar dalam bidang keagamaan termasuk memahami tulisan jawi.

‘‘Sebenarnya dari segi kerangka petunjuk prestasinya (KPI), j-QAF adalah antara program yang cukup berjaya,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau mengulas saranan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah supaya tulisan jawi dijadikan mata pelajaran di sekolah tanpa mengira kaum, agama dan keturunan.

Baginda bertitah, perkara itu tidak mustahil dilakukan kerana jawi hanyalah satu tulisan yang tidak ada kaitan dengan agama Islam atau usaha-usaha pengislaman orang bukan Islam.

Sebagai contoh, titah baginda, ramai masyarakat Cina di pantai Timur mahir membaca dan menulis jawi dan pada masa sama mengamalkan agama asal mereka.

Hishammuddin berkata, pada masa ini program berkenaan dilaksanakan di sekolah rendah sahaja.

‘‘Dan jika program itu berjaya kita mungkin luaskan ke sekolah menengah dalam konteks berbeza,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pihak tertentu supaya tidak mempolitikkan usaha kementerian dalam meningkatkan pengetahuan agama pelajar.

UTUSAN MALAYSIA - 4 Julai 2007


PROGRAM j-QAF DI SEMUA SEKOLAH RENDAH MENJELANG 2010

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-QAF) bakal diajar di semua sekolah rendah seluruh negara menjelang 2010.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar berkata program itu diakui telah meningkatkan kemahiran murid dalam bacaan Al-Quran dan Jawi, asas Bahasa Arab dan asas fardu ain walaupun baru tiga tahun dilaksanakan.

"Mengikut perancangan menjelang tahun 2010 semua sekolah rendah akan diajar J-QAF," katanya menjawab soalan Datuk Che Min Che Ahmad (BN-Pasir Puteh).

Program J-QAF kini diajar di beberapa buah sekolah rendah terpilih pada waktu petang.

"Kementerian sangat berkeyakinan program J-QAF ini mampu menyediakan modal insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek pada masa akan datang," katanya.

-- BERNAMA

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Pengambilan guru bagi program pembelajaran jawi al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain (j-Qaf) kini mencecah hampir 9,000 orang sejak ia dilaksanakan pada tahun 2005.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, pengambilan tersebut akan ditambah dari semasa ke semasa memandangkan program tersebut dilihat memberi impak besar kepada pelajar sekolah.

''Setiap tahun, kita sudah mengambil kira-kira 3,000 guru bagi program tersebut. Kita akan melakukan pelbagai usaha untuk memantapkan pemikiran dan latihan guru-guru yang diambil,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menyampaikan syarahan umum dan merasmikan Siri Wacana Pemikiran Epistemologi Alam Melayu anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini hari ini.

Katanya, program j-Qaf merupakan antara elemen penting dalam memartabatkan alam dan tamadun Melayu.

Justeru, Razali berkata, kementerian akan bekerjasama dengan ATMA termasuk penglibatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi mengadakan siri perbincangan mengenai alam dan tamadun Melayu di peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi lain.

Terdahulu dalam syarahan umumnya, Razali berkata, program j-Qaf yang dilaksanakan berjaya menampakkan hasil apabila generasi muda Melayu mampu menguasai pengajaran jawi, al-Quran dan aspek fardu ain.

Katanya, ia memainkan peranan penting supaya masyarakat mampu menghayati epistemologi dunia Melayu.

''Ia antara langkah yang dilakukan kementerian supaya pemahaman dan penghayatan tidak terjejas dan akan membolehkan pembangunan modal insan berjalan seiring dengan pembinaan masyarakat,'' katanya.

Read more...

SELAMAT HARI IBU

>> Tuesday, May 12, 2009

Selamat Hari Ibu
Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku.....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....makBila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....makA
ku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk!
"Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan ?Selamat Hari Ibu?
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya........
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya...
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...

renung-renung dalam diri...tidak ternafi lagi...aku kadang terlupa saat ibu masih bernafas....Selamat Hari Ibu buat ibu tercinta ! Pn. Hjh. Shamsiah Binti Mamat.

Read more...

KEM BESTARI SOLAT UTK THN 1, 2 DAN 3

TARIKH : 9 MEI 2009
HARI : SABTU
MASA : 7.30 PAGI - 2.00 PETANG

PENGISIAN :
LDK 1 -6
SOLAT ZOHOR BERJEMAAH

FASILITATOR :
GPI DAN GURU j-QAF

TERIMA KASIH BUAT SEMUA.

Read more...

KEM BESTARI SOLAT THN 4 DAN THN 5

TARIKH : 24 APRIL 2009
MASA : 2.00-5.00 PTG


TARIKH : 8 MEI 2009
MASA : 2.00 - 5.00 PTG

KEHADIRAN : 90%

PENGISIAN :
1. AMALI WUDHUK & TAYAMMUM
2. PENGERTIAN IMAM
3. KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM
4. ULANGKAJI PENGISIAN LDK 1-6
5. SOLAT ASAR BERJEMAAH

FASILITATOR :
GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM, j-QAF DAN KAP

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN KEM UTK 6 BULAN PERTAMA. SEMOGA BERJUMPA LAGI PADA KEM YANG KETIGA DAN KEEMPAT NANTI.

Read more...

KEM BESTARI SOLAT KALI PERTAMA THN 4 & 5

>> Friday, April 24, 2009

TARIKH : 24 APRIL 2009
MASA : 2.00 - 5.00 PTG
KEHADIRAN : 175 ORG MURID
FASILITATOR : 11 ORG
TEMPAT : DI KELAS-KELAS

TERIMA KASIH KPD SEMUA MURID, IBU BAPA DAN GURU-GURU YANG SENTIASA MEMBERIKAN KERJASAMA DLM MEREALISASIKAN HASRAT KERAJAAN.

PROGRAM j-QAF HADIR UNTUK MENOLONG MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH RENDAH DAN KAMI MASIH LAGI MEMERLUKAN BIMBINGAN DAN NASIHAT DARIPADA SENIOR-SENIOR. BIMBINGLAH KAMI ANDAI KAMI ALPA, BANTULAH KAMI ANDAI KAMI TERLUPA, NASIHATILAH KAMI BILHIKMAH ANDAI KAMI TER'MANJA. TERIMA KASIH DAUN KELADI. HANYA ALLAH YANG DPT MEMBALAS SEMUA KEBAIKAN BUDI KALIAN. JASA DAN PENGORBANAN KALIAN, TIADA NILAINYA DENGAN WANG YANG BERTIMBUN, JASA KALIAN PASTINYA TERCATAT DLM BUKU AMALAN BAIK CATITAN RAQIB. JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRAN.

Read more...

:: TUAN RUMAH MTAQ LUAK JEMPOL ::

>> Thursday, February 26, 2009

TARIKH : 10 MAC 2009
MASA : 1.30 TENGAHARI
TEMPAT : SK SERTING 3 (F)

Read more...

:: KEM BESTARI SOLAT KALI 1 2009 - TAHAP 1 ::

TARIKH : 28 FEB 2009
HARI : SABTU
MASA : 7.30 PAGI - 2.00 PTG
SASARAN :
1. SEMUA MURID-MURID TAHUN 1
2. SEMUA MURID-MURID TAHUN 2
3. SEMUA MURID-MURID TAHUN 3

FASILITATOR : 17 ORANG ( GURU-GURU BERAGAMA ISLAM SKS3F )

Semoga usaha yang sedikit ini mampu menjadikan timbangan amalan kebaikan kami berat di akhirat kelak. Hanya Allah yang dapat membalas budi, masa dan tenaga cikgu-cikgu. Kami hanya merancang, dan berusaha untuk semua mendapat ganjaran Ilahi hendakNya.Hanya Allah yang tahu betapa kami akan terus memikul tanggungjawab ini dalam apa jua keadaan pun, demi anak-anak Islam kami. Semoga dipermudahkan urusan oleh Ilahi, kami bermohon, tiap saat dan tika. Amiin.

Read more...

:: USTAZAH NOR FAIZAH ::

>> Saturday, February 7, 2009

Semalam, kehadirannya kami sambut dengan sejuta rasa syukur, Ustazah Nor Faizah LPBS j-QAF 2009, menambahkan lagi seri sekolah kami. Semoga guru Pendidikan Islam seramai 5 orang dan guru j-QAF seramai 6 orang ini akan sama-sama bergandingan memikul tanggungjawab menantikan kemuncak 2010, moga saat itu, kejayaan program j-QAF disebut-sebut, bukan lagi kegagalan dicanang-canang.

Terima kasih, Pen. Pengarah j-QAF, Ustaz Suhaimi, kerana prihatin dengan kekurangan guru j-QAF di sekolah kami. Jazakallahu Khairan Kathiran.

Read more...

:: MENGAPA YAHUDI HEBAT ?? ::

>> Wednesday, February 4, 2009

> Sunday, January 25, 2009>
Mengapa Yahudi Bijak
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran, maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik,tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliaumelahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal> mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu ,dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu> penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok> terbesar adalah …… tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa> iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini> murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan> mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata,> perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak> $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia> dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewanperniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar. Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan,makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti> memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya> telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jikaanda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri. Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga keHitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini> setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon -- >
Dr Wan Shah Jihan Wan Din
Pensyarah & Pakar Bedah
Jabatan ORL-HNS
Pusat Pengajian Sains Perubatan
Kampus Kesihatan USM16150 Kubang Kerian
Kelantan Pejabat: 09-7664102
Mobil: 0199391321 Fax: 09-7653370

Read more...

:: USTAZ MUHAMMAD HAFIZ ::

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penolong Pengarah j-QAF Negeri Sembilan, al-Fadhil Ustaz Suhaimi kerana mendengar rintihan kami yang tersangat memerlukan seorang ustaz untuk bersama-sama bergandingan memartabatkan Pendidikan Islam di Sek Keb.

Hari ini, 3 Februari 2009, kami menerima penempatan seorang Guru Pelatih LPBS j-QAF 2009, seorang USTAZ....hanya pada Allah kami panjatkan kesyukuran. Kehadiran Ustaz Muhammad Hafiz mengembalikan keceriaan pada raut-raut wajah kami...setelah KEHILANGAN Ustaz Hisham, yang baik budinya, warak orangnya, lemah lembut tuturnya, tekun kerjanya....

Semoga Ustaz Muhammad Hafiz gembira berada di sekolah kami, seperti mana kami gembira menerima sahabat seperjuangan....taburkanlah ilmu ustaz di mana sahaja ustaz berada, anak-anak didik kita menanti suapan ilmu pada setiap harinya.

Read more...

:: DANA UNTUK GAZA ::

>> Monday, January 19, 2009

Unit j-QAF menyeru kepada semua individu, badan-badan kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, badan-badan korporat, syarikat-syarikat swasta atau sesiapa jua yang prihatin kepada nasib penduduk Gaza agar menyalurkan sumbangan anda melalui saluran berikut :

  1. NSTP - No. akaun Maybank 514105-320501 (Klik di sini)
  2. Yayasan Salam Malaysia - No. akaun Public Bank 3072879302 (Klik di sini)
  3. Tabung Kemanusiaan Harakah - No. akaun Bank Islam 14069010021298 (Klik di sini)

Semoga segala sumbangan yang diberikan akan dibalas dengan kebaikan oleh Allah SWT.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : "Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangan, jika tidak mampu ubahlah dengan lisan (kata-kata), jika tidak mampu ubahlah dengan hati. Maka yang demikian itu (merubah kemungkaran dengan hati) adalah selemah-lemah iman". Sabda nabi lagi yang bermaksud : "Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri".

Read more...

: BOIKOT HABIS-HABISAN ::


Read more...

:: SUMBANGAN DIPERLUKAN ::

Read more...

:: BERMULANYA TASMIK 2009 ::

>> Wednesday, January 14, 2009

HARI : SELASA
MASA : 1.00 - 2.00 PTG
SASARAN : MURID-MURID TAHUN 2 & KUMPULAN B TAHUN 5
PEMBIMBING : 4 ORG GURU j-QAF
TEMPAT : DI KELAS-KELAS TAHUN 2
KEHADIRAN : 90%

Read more...

:: KEM BESTARI SOLAT ::

>> Tuesday, January 13, 2009

CADANGAN PELAKSANAAN :
HARI : 4 X SABTU
TARIKH : AKAN DIBERITAHU
TEMPAT : MASJID BESAR JEMPOL
CADANGAN MASA :
1. MASA : 2.30 PTG - 9.00 MALAM
2. MASA : 12.00 TENGAHARI - 5.00 PTG ( THP 1 )
: 5.00 PTG - 9.00 MALAM (THP 2)
PENGISIAN :
1. LDK 1 - LDK 6
2. AMALI SOLAT ZOHOR - ISYAK BERJEMAAH
FASILITATOR :
1. SEMUA GURU-GURU SKS3F
2. IBU BAPA PENJAGA


** Semoga usaha yang bukan sedikit ini memberikan hasil yang berterusan pahalanya buat semua yang terlibat dalam menjalankan tanggungjawab sesama insan ini. Kami bukanlah insan yang terbaik, namun kami cuba jadi terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Jihad kami di medan ini moga Allah permudahkan segala urusan kami. Amiin.

Read more...

:: KELAS TASMIK ::

TARIK MULA : 13 JANUARI 2009
MASA : 1.00-2.00 PTG
SASARAN : THN 2
(SETIAP HARI SELASA)

HARI RABU : TAHUN 3
HARI KHAMIS : THN 4
SETIAP HARI : THN 5 ** KUMPULAN YANG BERBEZA

** Pesanan buat semua murid-murid j-QAF : Jangan Lupa Bawa Buku Iqra' masing-masing

Read more...

:: SELAMAT BERTUGAS 2009 ::

>> Sunday, January 4, 2009

Kedatangan Hijrah dinanti, kehadiran Masihi dirai dengan penuh iltizam dan istiqamah agar hasrat memperkasakan Pendidikan Islam di Sekolah Rendah direalisasikan semaksimum mungkin.

Kami masih lagi berempat, guru j-QAF menjalankan tanggungjawab bergandingan dengan 5 orang Guru Pendidikan Islam SKS3F. Kami berharap agar nanti ada seorang atau dua orang ustaz/ustazah yang akan ditempatkan di sekolah kami ini. Kami sangat-sangat mengharapkan agar seorang ustaz lagi ditempatkan di sini untuk melancarkan lagi urusan dakwah ini.

Tahun 2009, anak-anak j-QAF sudah pun melangkah ke Tahun 5. Makin bertambah bilangan murid-murid j-QAF yang diamanahkan kepada kami untuk menyebarluaskan Pendidikan Islam. Semoga kuantiti yang ramai ini mampu melahirkan insan beriman, beramal soleh hendaknya walau kami hanya 9 orang sahaja di sini yang akan sentiasa bergandingan walau penat, perit, gembira dan bahagia membimbing anak-anak Islam.

Al-hamdulillah, mulai 2009 ini, Kem Bestari Solat kami akan disertai oleh semua guru-guru SKS3F secara giliran pada dua sesi, 7.40 -8.40 pagi dan 12.00-1.00 tengahari pada setiap hari Rabu. Semoga keberkesanan Kem Bestari Solat dan manisnya kejayaan membimbing anak-anak ini akan turut dirasai oleh semua pihak. Terima kasih buat pentadbir yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan guru-guru yang rela berkorban. Terima kasih, cikgu !

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP