:: DANA UNTUK GAZA ::

>> Monday, January 19, 2009

Unit j-QAF menyeru kepada semua individu, badan-badan kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, badan-badan korporat, syarikat-syarikat swasta atau sesiapa jua yang prihatin kepada nasib penduduk Gaza agar menyalurkan sumbangan anda melalui saluran berikut :

  1. NSTP - No. akaun Maybank 514105-320501 (Klik di sini)
  2. Yayasan Salam Malaysia - No. akaun Public Bank 3072879302 (Klik di sini)
  3. Tabung Kemanusiaan Harakah - No. akaun Bank Islam 14069010021298 (Klik di sini)

Semoga segala sumbangan yang diberikan akan dibalas dengan kebaikan oleh Allah SWT.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : "Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangan, jika tidak mampu ubahlah dengan lisan (kata-kata), jika tidak mampu ubahlah dengan hati. Maka yang demikian itu (merubah kemungkaran dengan hati) adalah selemah-lemah iman". Sabda nabi lagi yang bermaksud : "Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri".

Read more...

: BOIKOT HABIS-HABISAN ::


Read more...

:: SUMBANGAN DIPERLUKAN ::

Read more...

:: BERMULANYA TASMIK 2009 ::

>> Wednesday, January 14, 2009

HARI : SELASA
MASA : 1.00 - 2.00 PTG
SASARAN : MURID-MURID TAHUN 2 & KUMPULAN B TAHUN 5
PEMBIMBING : 4 ORG GURU j-QAF
TEMPAT : DI KELAS-KELAS TAHUN 2
KEHADIRAN : 90%

Read more...

:: KEM BESTARI SOLAT ::

>> Tuesday, January 13, 2009

CADANGAN PELAKSANAAN :
HARI : 4 X SABTU
TARIKH : AKAN DIBERITAHU
TEMPAT : MASJID BESAR JEMPOL
CADANGAN MASA :
1. MASA : 2.30 PTG - 9.00 MALAM
2. MASA : 12.00 TENGAHARI - 5.00 PTG ( THP 1 )
: 5.00 PTG - 9.00 MALAM (THP 2)
PENGISIAN :
1. LDK 1 - LDK 6
2. AMALI SOLAT ZOHOR - ISYAK BERJEMAAH
FASILITATOR :
1. SEMUA GURU-GURU SKS3F
2. IBU BAPA PENJAGA


** Semoga usaha yang bukan sedikit ini memberikan hasil yang berterusan pahalanya buat semua yang terlibat dalam menjalankan tanggungjawab sesama insan ini. Kami bukanlah insan yang terbaik, namun kami cuba jadi terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Jihad kami di medan ini moga Allah permudahkan segala urusan kami. Amiin.

Read more...

:: KELAS TASMIK ::

TARIK MULA : 13 JANUARI 2009
MASA : 1.00-2.00 PTG
SASARAN : THN 2
(SETIAP HARI SELASA)

HARI RABU : TAHUN 3
HARI KHAMIS : THN 4
SETIAP HARI : THN 5 ** KUMPULAN YANG BERBEZA

** Pesanan buat semua murid-murid j-QAF : Jangan Lupa Bawa Buku Iqra' masing-masing

Read more...

:: SELAMAT BERTUGAS 2009 ::

>> Sunday, January 4, 2009

Kedatangan Hijrah dinanti, kehadiran Masihi dirai dengan penuh iltizam dan istiqamah agar hasrat memperkasakan Pendidikan Islam di Sekolah Rendah direalisasikan semaksimum mungkin.

Kami masih lagi berempat, guru j-QAF menjalankan tanggungjawab bergandingan dengan 5 orang Guru Pendidikan Islam SKS3F. Kami berharap agar nanti ada seorang atau dua orang ustaz/ustazah yang akan ditempatkan di sekolah kami ini. Kami sangat-sangat mengharapkan agar seorang ustaz lagi ditempatkan di sini untuk melancarkan lagi urusan dakwah ini.

Tahun 2009, anak-anak j-QAF sudah pun melangkah ke Tahun 5. Makin bertambah bilangan murid-murid j-QAF yang diamanahkan kepada kami untuk menyebarluaskan Pendidikan Islam. Semoga kuantiti yang ramai ini mampu melahirkan insan beriman, beramal soleh hendaknya walau kami hanya 9 orang sahaja di sini yang akan sentiasa bergandingan walau penat, perit, gembira dan bahagia membimbing anak-anak Islam.

Al-hamdulillah, mulai 2009 ini, Kem Bestari Solat kami akan disertai oleh semua guru-guru SKS3F secara giliran pada dua sesi, 7.40 -8.40 pagi dan 12.00-1.00 tengahari pada setiap hari Rabu. Semoga keberkesanan Kem Bestari Solat dan manisnya kejayaan membimbing anak-anak ini akan turut dirasai oleh semua pihak. Terima kasih buat pentadbir yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan guru-guru yang rela berkorban. Terima kasih, cikgu !

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP