LAWATAN PENOLONG PENGARAH j-QAF JPNS

>> Saturday, June 27, 2009

Tarikh : 19 Jun 2009
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Kehadiran :
1. al-Fadhil Ustaz Suhaimi Md. Isa - Penolong Pengarah j-QAF N. Sembilan
2. Pn. Hasnah - GPK 1 (Kurikulum)
3. Pn. Aida Bt Abdullah Hadi - Ketua Panitia Pendidikan Islam
4. Pn. Saerah
5. Pn. Asmawatie
6. Pn. Nor Hayati Haron
7. Pn. Noor Hayati Rameli
8. Cik Hajah Asrul Ezaimi
9. En. Amzarie
10. En. Muhd Hafiz
11. Pn. Hjh. Shazlina

Antara perbincangan yang dilakukan adalah mengenai :
1. Organisasi j-QAF.
Menurut Ust. Suhaimi, ketua bagi program j-QAF adalah Ketua Panitia Pendidikan Islam dan guru-guru j-QAF yang dilantik adalah sebagai pembantu kepada Guru-guru Pendidikan Islam yang sedia ada untuk bersama-sama memartabatkan Pendidikan Islam di sekolah rendah. Justeru itu, beliau meminta agar guru-guru Pendidikan Islam dan guru-guru j-QAF hendaklah sama-sama berkerjasama dalam menjayakan program j-QAF yang telah disusun. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru Pendidikan Islam yang bersama-sama turun padang menjayakan semua modul j-QAF. Tahniah !

2. Beliau memperkenalkan Kad Khatam al-Quran. Kad Kemajuan Khatam al-Quran yang baru diperkenalkan oleh JPNS, yang akan digunakan oleh semua sekolah di N. Sembilan. Ia boleh digunakan oleh semua murid, dan pergerakan bacaan murid boleh diketahui melalui kad tersebut. Guru hendaklah menandakan bacaan murid yang lancar dgn pen dakwat biru, murid yang membaca secara BIG, ditandakan dengan pen dakwat merah, dan yang masih lagi membaca Iqra' hendaklah dilakukan tindakan susulan kerana sepatutnya murid Tahun 1 yang masih belum mencapai Iqra' 6 pada bulan ini mesti mengikuti program khusus seperti Tasmik Perdana, Kelas Sinar Pagi atau Kem Literasi al-Quran. Beliau sangat-sangat berharap agar murid-murid Tahun 5 2009 akan berjaya khatam al-Quran pada tahun 2010, pada bulan 6. Insyaallah. Bacaan murid mestilah betul dan lancar.

3. Pn. Hjh. Shazlina pernah diminta oleh Ust. Suhaimi supaya membina laman web j-QAF Negeri Sembilan pada tahun lepas. Namun, 2009 barulah ianya dapat direalisasikan. Pn. Hjh. Shazlina telah membina beberapa laman web khusus untuk j-QAF dan membentangkannya. Antara laman web yang dibina ialah :

  • http://j-qafnegerisembilan.blogspot.com
  • http://j-qafsks3f.blogspot.com
Semoga ianya memberi manfaat untuk semua.

Read more...

KEM BESTARI SOLAT 6 BLN KEDUA

>> Wednesday, June 17, 2009

TARIKH : 19 JUN 2009
HARI : JUMAAT
SASARAN : MURID-MURID TAHUN 1-3
KEHADIRAN : 240/270 ORG

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


TARIKH : 26 JUN 2009
HARI : JUMAAT
MASA : 2.00 - 5.00 PTG
SASARAN : MURID-MURID TAHUN 4-5
KEHADIRAN : 182 / 228 orang

** KEHADIRAN ADALAH WAJIB. MAKANAN DISEDIAKAN.

Read more...

KEHILANGAN ....DR. FATHI YAKAN

>> Tuesday, June 16, 2009

Jenazah Dr Fathi Yakan Diiringi Ribuan Umat Islam
Gambar menunjukkan sebahagian umat Islam yang tidak dapat masuk ke dalam masjid Tinal. Mereka berdoa dari luar.

Al-Jazeera melaporkan pada jam 12.19 (waktu Makkah Al-Mukarramah tadi bahawa ribuan umat Islam khususnya dari gerakan Islam menghadiri majlis solat jenazah Dr Fathi Yakan di Masjid Tinal di Tripoli, Utara Lubnan. Sebahagian daripada mereka tidak dapat masuk ke dalam masjid berkenaan. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan selepas solat asar kelmarin.

Syeikh Malik as-Syiar yang mengimamkan jenazah beliau telah berkata:

إن طرابلس مدينة العلم والعلماء، ومعها العالم الإسلامي بأسره تودع رجلاً من كبارها وعلمًا من أعلامها رائد الحركة الإسلامية ومؤسسها، من أفنى عمره وحياته في سبيل الدعوة إلى الله عز وجل

"Sesungguhnya Tarablas adalah bandar ilmu dan ulama. Seluruh dunia Islam telah mengucapkan selamat tinggal kepada seorang tokoh dan panji Umat Islam. Beliau juga adalah pelopor dan pengasas bagi Gerakan Islam yang telah menghabiskan kehidupannya untuk berdakwah kepada Allah."

Perarakan menuju ke tanah perkuburan, bagaikan satu demonstrasi yang besar apabila mereka melaungkan slogan-slogan Islam dan kata-kata semangat. Subhanallah!

Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh. Amin.

Kehilangan ulama adalah satu musibah bagi Umat Islam dan tanda diangkatnya ilmu diakhir zaman. Hasan Basri berkata:

مَوْتُ العَالِمِ ثَلْمَةٌ فِي الإِسلامِ لاَ يَسُدُّهاَ مَا اخْتَلَفَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ

"Matinya seorang alim adalah suatu lubang dalam Islam. Tidak akan dapat di tutup selama-lamanya." (Hr Darimi 329 dan Baihaqi dlm Syu'abul Iman 1719)

Sumber:
- http://ibnu-ismail.blogspot.com/2009/06/terkini-ribuan-umat-islam-mengiringi.html
- http://akhisalman.blogspot.com/2009/06/jenazah-dr-fathi-yakan-selamat.html

Read more...

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

>> Sunday, June 14, 2009

15 JUN 2009...KEMBALI KE SEKOLAH SETELAH BERCUTI....SEMOGA SEMUA BERADA DI DALAM KEADAAN WALAFIAT DAN BERSEMANGAT UNTUK BELAJAR SEMULA....TUNGGUKAN KEHADIRAN KBS UNTUK KE SEKIAN KALINYA...LEBIH MERIAH, LEBIH GEMPAK !!!

Read more...

KOD BABI DALAM MAKANAN

>> Tuesday, June 9, 2009

Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam
Oleh : Dr. M. Anjad Khan

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab " KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin didunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.

Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut .Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat- ubatan harus dicantumkan pada kemasan.

Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak- lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multivitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut di bawah ini mengandung lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422,
E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472,
E473, E474,

E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.
________________________________________

Terpulanglah kepada sahabat2 sekalian samada untuk menerima atau menolak. Ia sekadar peringatan kepada kita semua sebagai pengguna Islam. TQ.

Read more...

SELAMAT BERPINDAH

>> Sunday, June 7, 2009


USTAZAH SITI KASMAYATI AKAN BERPINDAH KE SEK KEB TENOM BERMULA JUN INI. SEMOGA BELIAU GEMBIRA WALAU DI MANA BERADA. DOAKAN KAMI SENTIASA BERJAYA MEREALISASIKAN HASRAT KPM INI. GAMBAR ATAS KELIHATAN UST.KAS DGN CIKGU AHCOI TGH MENJALANKAN KERJA-KERJA GOTONG-ROYONG. KENANGAN SAHAJA JADI INGATAN.

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP