:: KELAS TASMIK ::

>> Tuesday, January 13, 2009

TARIK MULA : 13 JANUARI 2009
MASA : 1.00-2.00 PTG
SASARAN : THN 2
(SETIAP HARI SELASA)

HARI RABU : TAHUN 3
HARI KHAMIS : THN 4
SETIAP HARI : THN 5 ** KUMPULAN YANG BERBEZA

** Pesanan buat semua murid-murid j-QAF : Jangan Lupa Bawa Buku Iqra' masing-masing

Read more...

:: SELAMAT BERTUGAS 2009 ::

>> Sunday, January 4, 2009

Kedatangan Hijrah dinanti, kehadiran Masihi dirai dengan penuh iltizam dan istiqamah agar hasrat memperkasakan Pendidikan Islam di Sekolah Rendah direalisasikan semaksimum mungkin.

Kami masih lagi berempat, guru j-QAF menjalankan tanggungjawab bergandingan dengan 5 orang Guru Pendidikan Islam SKS3F. Kami berharap agar nanti ada seorang atau dua orang ustaz/ustazah yang akan ditempatkan di sekolah kami ini. Kami sangat-sangat mengharapkan agar seorang ustaz lagi ditempatkan di sini untuk melancarkan lagi urusan dakwah ini.

Tahun 2009, anak-anak j-QAF sudah pun melangkah ke Tahun 5. Makin bertambah bilangan murid-murid j-QAF yang diamanahkan kepada kami untuk menyebarluaskan Pendidikan Islam. Semoga kuantiti yang ramai ini mampu melahirkan insan beriman, beramal soleh hendaknya walau kami hanya 9 orang sahaja di sini yang akan sentiasa bergandingan walau penat, perit, gembira dan bahagia membimbing anak-anak Islam.

Al-hamdulillah, mulai 2009 ini, Kem Bestari Solat kami akan disertai oleh semua guru-guru SKS3F secara giliran pada dua sesi, 7.40 -8.40 pagi dan 12.00-1.00 tengahari pada setiap hari Rabu. Semoga keberkesanan Kem Bestari Solat dan manisnya kejayaan membimbing anak-anak ini akan turut dirasai oleh semua pihak. Terima kasih buat pentadbir yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan guru-guru yang rela berkorban. Terima kasih, cikgu !

Read more...

:: LAWATAN GURU-GURU SK LUI TIMUR (F) KE BILIK j-QAF ::

>> Tuesday, November 11, 2008

Kehadiran kalian kami alu-alukan. Berikanlah kami panduan jika ada kekurangan, kami bukanlah contoh terbaik namun kami berusaha untuk menjadi terbaik. Semoga tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kami laksanakan dengan penuh iltizam dan istiqamah sepanjang usia kami. Terima kasih buat semua !

Read more...

:: ACARA BERGAMBAR SEMPENA MAJLIS PENUTUP KEM BESTARI SOLAT '08 ::

>> Saturday, November 8, 2008

PESERTA KEM BESTARI SOLAT TAHUN 4
PESERTA KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1

PESERTA KEM BESTARI SOLAT TAHUN 3


PESERTA KEM BESTARI SOLAT TAHUN 2

Read more...

:: GALERI GAMBAR SEKITAR MAJLIS PENUTUP KEM BESTARI SOLAT '08 ::

>> Friday, November 7, 2008

Berkumpul di tapak perhimpunan sebelum beramai-ramai beratur menuju ke Dewan Ibn Khaldun.
Wajah-wajah riang, berbaju baru sempena Majlis Penutup Kem Bestari Solat '08 yang dirasmikan oleh Pn. Siti Salmiah Bt Jamaluddin, GPK Kokurikulum SKS3F.

Menyaksikan persembahan Power Point KBS 2008, kenangan yang terakam sukar dipadamkan di sudut ingatan. Terima kasih buat semua. Ucapan daripada Ketua Panitia Pendidikan Islam, Pn. Asmawatie Bt Junus.

Jeling-jeling gembira, bila kamera menghala ke muka masing-masing. Control macho lak si adik Lukman Hakim ni....Naper ngan adik Hazmi tu, terkejut ye !

Berbaris riang menuju ke Dewan Ibn Khaldun.

Terima kasih tidak terhingga buat semua guru-guru Pendidikan Islam dan guru-guru j-QAF yang bertungkus lumus memastikan Model Bestari Solat dijalankan seperti yang disarankan oleh pihak JAPIM, KPM. Semoga usaha yang sedikit membawa pahala yang berterusan buat semua.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN :

7.40 PAGI
BERKUMPUL DI TAPAK PERHIMPUNAN

8.30 PAGI
BERATUR MENUJU KE DEWAN IBN KHALDUN

8.40 PAGI
KETIBAAN DIF-DIF JEMPUTAN

9.00 PAGI
UCAPAN ALU-ALUAN OLEH PENGERUSI MAJLIS
PN. HJH. SHAZLINA

9.10 PAGI
BACAAN DOA OLEH ADIK HAFIZ BIN FAUZI
KETUA MURID SKS3F

9.20 PAGI
UCAPAN OLEH KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM,
PN. ASMAWATIE BT JUNUS

9.25 PAGI
UCAPAN PERASMIAN OLEH PN. SITI SALMIAH BT JAMALUDDIN,
GPK KOKURIKULUM

9.30 PAGI
TAYANGAN MOVIE MAKER - KEM BESTARI SOLAT 2008

9.40 PAGI
KARAOKE : PULAU HARAPAN

9.50 PAGI
KUIZ BESTARI SOLAT

10.00 PAGI
ACARA BERGAMBAR

10.10 PAGI
JAMUAN MAKAN DAN MAJLIS TAMAT

10.30 PAGI
MASUK KE KELAS MASING-MASING

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP