SEJARAH j-QAF BERMULA....2005

>> Sunday, July 13, 2008


Sek. Keb. Serting 3(F) menerima penempatan 3 orang guru j-QAF pada 15 Februari 2005. Mereka terdiri daripada En. Norhisham Bin Abdullah (Bahasa Arab) BA Hons. Syariah
Universiti al-Azhar, Cik Siti Kasmayati Bt Yahya (al-Quran) BA Hons. Pengajian al-Quran & Sunnah, KUIM dan Pn. Hjh. Shazlina Bt. Ab. Aziz (Pemulihan Jawi) MA Usuluddin, UM
BA Hons. Usuluddin, UM.

Model-model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum j-QAF telah dilaksanakan mengikut garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia demi untuk memperkasakan Pendidikan Islam dalam sistem Pendidikan Islam di Malaysia.

Pada Januari 2007, Sek. Keb. Serting 3 (F) menerima seorang lagi guru j-QAF iaitu Pn. Noorhayati Bt Rameli (Bahasa Arab) BA Hons. Usuluddin, UKM untuk sama-sama bergandingan memartabatkan Pendidikan Islam.

Pada tahun 2008, SKS3f menerima seorang lagi guru j-QAF yang menggantikan Ustaz Norhisham yang berpindah mengikut isteri ke Sabah, Cik Asrul Ezaimie Mohd. Ariffin, seorang graduan dari Universiti al-Bayt Bayt, Jordan.

Semoga usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

0 comments:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP