:: FIDYAH ::

>> Wednesday, September 17, 2008

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di Bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya Bulan Ramadhan tahun berikutnya. Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu membayar puasanya kerasa puasa tersebut tetap wajib di ganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah di beri makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
Contoh : Di Lembaga Zakat Selangor (MAIS), menerima pembayaran fidyah secara wang tunai dan akan mengagihkan bayaran tersebut kepada fakir dan miskin dalam bentuk beras kepada mereka. Ia perlu dilakukan sebelum 1 Syawal setiap tahun.Oleh kerana MAIS perlu melakukan proses pembelian beras dan pengagihan, diharapkan pembayar tidak membuat bayaran fidyah di saat-saat akhir seperti di penghujung bulan Ramadhan kerana proses agihan memerlukan waktu untuk mengagihkannya. Contohnya bayaran pada akhir Ramadhan adalah mustahil untuk LZS (MAIS) menyerahkan beras kepada fakir dan miskin sebelum 1 Syawal tahun tersebut.

0 comments:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP