:: SELAMAT BERTUGAS 2009 ::

>> Sunday, January 4, 2009

Kedatangan Hijrah dinanti, kehadiran Masihi dirai dengan penuh iltizam dan istiqamah agar hasrat memperkasakan Pendidikan Islam di Sekolah Rendah direalisasikan semaksimum mungkin.

Kami masih lagi berempat, guru j-QAF menjalankan tanggungjawab bergandingan dengan 5 orang Guru Pendidikan Islam SKS3F. Kami berharap agar nanti ada seorang atau dua orang ustaz/ustazah yang akan ditempatkan di sekolah kami ini. Kami sangat-sangat mengharapkan agar seorang ustaz lagi ditempatkan di sini untuk melancarkan lagi urusan dakwah ini.

Tahun 2009, anak-anak j-QAF sudah pun melangkah ke Tahun 5. Makin bertambah bilangan murid-murid j-QAF yang diamanahkan kepada kami untuk menyebarluaskan Pendidikan Islam. Semoga kuantiti yang ramai ini mampu melahirkan insan beriman, beramal soleh hendaknya walau kami hanya 9 orang sahaja di sini yang akan sentiasa bergandingan walau penat, perit, gembira dan bahagia membimbing anak-anak Islam.

Al-hamdulillah, mulai 2009 ini, Kem Bestari Solat kami akan disertai oleh semua guru-guru SKS3F secara giliran pada dua sesi, 7.40 -8.40 pagi dan 12.00-1.00 tengahari pada setiap hari Rabu. Semoga keberkesanan Kem Bestari Solat dan manisnya kejayaan membimbing anak-anak ini akan turut dirasai oleh semua pihak. Terima kasih buat pentadbir yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan guru-guru yang rela berkorban. Terima kasih, cikgu !

0 comments:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP