:: USTAZ MUHAMMAD HAFIZ ::

>> Wednesday, February 4, 2009

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penolong Pengarah j-QAF Negeri Sembilan, al-Fadhil Ustaz Suhaimi kerana mendengar rintihan kami yang tersangat memerlukan seorang ustaz untuk bersama-sama bergandingan memartabatkan Pendidikan Islam di Sek Keb.

Hari ini, 3 Februari 2009, kami menerima penempatan seorang Guru Pelatih LPBS j-QAF 2009, seorang USTAZ....hanya pada Allah kami panjatkan kesyukuran. Kehadiran Ustaz Muhammad Hafiz mengembalikan keceriaan pada raut-raut wajah kami...setelah KEHILANGAN Ustaz Hisham, yang baik budinya, warak orangnya, lemah lembut tuturnya, tekun kerjanya....

Semoga Ustaz Muhammad Hafiz gembira berada di sekolah kami, seperti mana kami gembira menerima sahabat seperjuangan....taburkanlah ilmu ustaz di mana sahaja ustaz berada, anak-anak didik kita menanti suapan ilmu pada setiap harinya.

0 comments:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP