LAWATAN PENOLONG PENGARAH j-QAF JPNS

>> Saturday, June 27, 2009

Tarikh : 19 Jun 2009
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Kehadiran :
1. al-Fadhil Ustaz Suhaimi Md. Isa - Penolong Pengarah j-QAF N. Sembilan
2. Pn. Hasnah - GPK 1 (Kurikulum)
3. Pn. Aida Bt Abdullah Hadi - Ketua Panitia Pendidikan Islam
4. Pn. Saerah
5. Pn. Asmawatie
6. Pn. Nor Hayati Haron
7. Pn. Noor Hayati Rameli
8. Cik Hajah Asrul Ezaimi
9. En. Amzarie
10. En. Muhd Hafiz
11. Pn. Hjh. Shazlina

Antara perbincangan yang dilakukan adalah mengenai :
1. Organisasi j-QAF.
Menurut Ust. Suhaimi, ketua bagi program j-QAF adalah Ketua Panitia Pendidikan Islam dan guru-guru j-QAF yang dilantik adalah sebagai pembantu kepada Guru-guru Pendidikan Islam yang sedia ada untuk bersama-sama memartabatkan Pendidikan Islam di sekolah rendah. Justeru itu, beliau meminta agar guru-guru Pendidikan Islam dan guru-guru j-QAF hendaklah sama-sama berkerjasama dalam menjayakan program j-QAF yang telah disusun. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru Pendidikan Islam yang bersama-sama turun padang menjayakan semua modul j-QAF. Tahniah !

2. Beliau memperkenalkan Kad Khatam al-Quran. Kad Kemajuan Khatam al-Quran yang baru diperkenalkan oleh JPNS, yang akan digunakan oleh semua sekolah di N. Sembilan. Ia boleh digunakan oleh semua murid, dan pergerakan bacaan murid boleh diketahui melalui kad tersebut. Guru hendaklah menandakan bacaan murid yang lancar dgn pen dakwat biru, murid yang membaca secara BIG, ditandakan dengan pen dakwat merah, dan yang masih lagi membaca Iqra' hendaklah dilakukan tindakan susulan kerana sepatutnya murid Tahun 1 yang masih belum mencapai Iqra' 6 pada bulan ini mesti mengikuti program khusus seperti Tasmik Perdana, Kelas Sinar Pagi atau Kem Literasi al-Quran. Beliau sangat-sangat berharap agar murid-murid Tahun 5 2009 akan berjaya khatam al-Quran pada tahun 2010, pada bulan 6. Insyaallah. Bacaan murid mestilah betul dan lancar.

3. Pn. Hjh. Shazlina pernah diminta oleh Ust. Suhaimi supaya membina laman web j-QAF Negeri Sembilan pada tahun lepas. Namun, 2009 barulah ianya dapat direalisasikan. Pn. Hjh. Shazlina telah membina beberapa laman web khusus untuk j-QAF dan membentangkannya. Antara laman web yang dibina ialah :

  • http://j-qafnegerisembilan.blogspot.com
  • http://j-qafsks3f.blogspot.com
Semoga ianya memberi manfaat untuk semua.

0 comments:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP