:: LAWATAN GURU-GURU SK LUI TIMUR (F) KE BILIK j-QAF ::

>> Tuesday, November 11, 2008

Kehadiran kalian kami alu-alukan. Berikanlah kami panduan jika ada kekurangan, kami bukanlah contoh terbaik namun kami berusaha untuk menjadi terbaik. Semoga tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kami laksanakan dengan penuh iltizam dan istiqamah sepanjang usia kami. Terima kasih buat semua !

Read more...

:: ACARA BERGAMBAR SEMPENA MAJLIS PENUTUP KEM BESTARI SOLAT '08 ::

>> Saturday, November 8, 2008

PESERTA KEM BESTARI SOLAT TAHUN 4
PESERTA KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1

PESERTA KEM BESTARI SOLAT TAHUN 3


PESERTA KEM BESTARI SOLAT TAHUN 2

Read more...

:: GALERI GAMBAR SEKITAR MAJLIS PENUTUP KEM BESTARI SOLAT '08 ::

>> Friday, November 7, 2008

Berkumpul di tapak perhimpunan sebelum beramai-ramai beratur menuju ke Dewan Ibn Khaldun.
Wajah-wajah riang, berbaju baru sempena Majlis Penutup Kem Bestari Solat '08 yang dirasmikan oleh Pn. Siti Salmiah Bt Jamaluddin, GPK Kokurikulum SKS3F.

Menyaksikan persembahan Power Point KBS 2008, kenangan yang terakam sukar dipadamkan di sudut ingatan. Terima kasih buat semua. Ucapan daripada Ketua Panitia Pendidikan Islam, Pn. Asmawatie Bt Junus.

Jeling-jeling gembira, bila kamera menghala ke muka masing-masing. Control macho lak si adik Lukman Hakim ni....Naper ngan adik Hazmi tu, terkejut ye !

Berbaris riang menuju ke Dewan Ibn Khaldun.

Terima kasih tidak terhingga buat semua guru-guru Pendidikan Islam dan guru-guru j-QAF yang bertungkus lumus memastikan Model Bestari Solat dijalankan seperti yang disarankan oleh pihak JAPIM, KPM. Semoga usaha yang sedikit membawa pahala yang berterusan buat semua.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN :

7.40 PAGI
BERKUMPUL DI TAPAK PERHIMPUNAN

8.30 PAGI
BERATUR MENUJU KE DEWAN IBN KHALDUN

8.40 PAGI
KETIBAAN DIF-DIF JEMPUTAN

9.00 PAGI
UCAPAN ALU-ALUAN OLEH PENGERUSI MAJLIS
PN. HJH. SHAZLINA

9.10 PAGI
BACAAN DOA OLEH ADIK HAFIZ BIN FAUZI
KETUA MURID SKS3F

9.20 PAGI
UCAPAN OLEH KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM,
PN. ASMAWATIE BT JUNUS

9.25 PAGI
UCAPAN PERASMIAN OLEH PN. SITI SALMIAH BT JAMALUDDIN,
GPK KOKURIKULUM

9.30 PAGI
TAYANGAN MOVIE MAKER - KEM BESTARI SOLAT 2008

9.40 PAGI
KARAOKE : PULAU HARAPAN

9.50 PAGI
KUIZ BESTARI SOLAT

10.00 PAGI
ACARA BERGAMBAR

10.10 PAGI
JAMUAN MAKAN DAN MAJLIS TAMAT

10.30 PAGI
MASUK KE KELAS MASING-MASING

Read more...

:: LAWATAN MENTOR DAN GURU BESAR-GURU BESAR KE BILIK j-QAF ::

>> Sunday, October 19, 2008

Terima kasih kepada 5 orang Guru Besar dan seorang mentor, Pengetua SMK Jelai di atas kunjungan ke Bilik j-QAF pada 17 Oktober 2008. Kunjungan dan komen sangat-sangat dialukan. Doakan kami agar sentiasa kuat dan tabah memikul amanah yang dipertanggungjawabkan. Terima kasih, cikgu !!!

Read more...

:: KURSUS KHAS GURU PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM j-QAF TAHUN 2008 ::

>> Friday, October 10, 2008

TARIKH : 16 OKTOBER 2008
MASA : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT : SK JEMPOL
PEGAWAI TERLIBAT : 1. PN. HJH SHAZLINA
2. CIK HJH ASRUL EZAIMI
3. CIK SITI KASMAYATI
ANJURAN : JABATAN PENDIDIKAN NEGERI, N9

Read more...

:: PANORAMA MAJLIS KHATAM AL-QURAN ::

>> Thursday, September 25, 2008




Read more...

:: FIDYAH ::

>> Wednesday, September 17, 2008

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di Bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya Bulan Ramadhan tahun berikutnya. Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu membayar puasanya kerasa puasa tersebut tetap wajib di ganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah di beri makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
Contoh : Di Lembaga Zakat Selangor (MAIS), menerima pembayaran fidyah secara wang tunai dan akan mengagihkan bayaran tersebut kepada fakir dan miskin dalam bentuk beras kepada mereka. Ia perlu dilakukan sebelum 1 Syawal setiap tahun.Oleh kerana MAIS perlu melakukan proses pembelian beras dan pengagihan, diharapkan pembayar tidak membuat bayaran fidyah di saat-saat akhir seperti di penghujung bulan Ramadhan kerana proses agihan memerlukan waktu untuk mengagihkannya. Contohnya bayaran pada akhir Ramadhan adalah mustahil untuk LZS (MAIS) menyerahkan beras kepada fakir dan miskin sebelum 1 Syawal tahun tersebut.

Read more...

:: ZAKAT SIMPANAN ::

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram)

::Dalil Wajib Zakat::
"Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun."


Kaedah Kiraan Zakat Wang Simpanan
Simpanan Tetap
Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.
Simpanan Biasa
Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki terendah atau berakhir haul bagi simpanan tersebut.
Simpanan Dalam Satu Akaun
Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan baki terendahnya (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.
Simpanan Dalam Beberapa Akaun
Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki terendahnya dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki terendahnya tidak mencukupi nisab.

Read more...

:: ZAKAT FITRAH ::

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya"
- Riwayat Muslim

KADAR FITRAH
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. Waktu wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu yang paling afdhal
Sebelum sembahyang Hari Raya
3. Waktu sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
4. Waktu makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5. Waktu haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal

Read more...

:: TAZKIRAH RAMADHAN ::

Sayugia bagi kita umat Islam berusaha mengikut sunnah Nabi dalam setiap perkara, begitu juga sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini:1- Melewatkan bangun bersahur, keberkatannya dan mendahulukan Tamar:
ثبت في "الصحيحين" من حديث زيد بن ثابت قال: تسحرنا مع رسول الله ، ثم قمنا إلى الصلاة، قلت: كم كان قدر ما بينهما؟ قال: "خمسين آية".
Maksudnya:Daripada hadis Zaid bin Thabit berkata: Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangun untuk bersolat (Subuh), saya bertanya (kepada Nabi): Berapakah kadar antara keduanya (sahur dan solat)? Baginda menjawab: “Kadar bacaan 50 ayat”.-Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/118-119) dan Muslim (no. 1097)
وعن أنس بن مالك قال: قال رسول الله : "تسحروا فإن في السحور بركة".
Maksudnya:Daripada Anas bin Malik berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Bersahurlah kamu, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”.-Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/120) dan Muslim (no. 1095)
وعن أبي هريرة قال: قال رسول الله : "نعم سحور المؤمن التمر".
Maksudnya:Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Sebaik-baik sahur seorang mukmin itu ialah dengan memakan tamar”.-Direkodkan oleh Abu Daud (3/142)2- Menjaga adab ketika berpuasa dengan tidak melakukan perkara lalai dan dosa:
عَنْ أَبي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ الله (ص) قَالَ : "الصِّيامُ جُنَّةٌ، فإذا كَانَ أَحَدُكُم صَائِماً فلا يَرْفُثْ ولا يَجهَلْ، فَإِنْ امْرُؤٌ شَاتَمَه فَلْيَقُلْ: إنِّي صَائِمٌ، إني صَائِم".
Maksudnya:Daripada Abu Hurairah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah berkata: “Puasa itu pencegah (dari api neraka), maka apabila kamu berpuasa maka janganlah kamu berkata yang tidak elok dan janganlah jadi orang bodoh (dengan percakapan sia-sia). Jika ada orang yang mengejinya maka katakan kepadanya: Aku berpuasa, aku berpuasa”.-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 1795) dan Muslim (no. 1151)3- Sentiasa membaca dan bertadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan:
ثبت في حديث ابن عباس رضي الله عنهما قال: كان النبي أجود الناس، وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل فيدارسه القرآن، فلرسول الله حين يلقاه جبريل أجود بالخير من الريح المرسلة.
Maksudnya:Daripada Ibnu Abbas berkata: Bahawa Rasulullah SAW adalah manusia yang paling pemurah, baginda lebih pemurah dalam bulan Ramadhan apabila Jibril datang menemui baginda, dia datang menemui baginda pada setiap malam bulan Ramadhan dan mereka bertadarus Al-Quran. Maka Rasulullah SAW sangat pemurah dengan kebaikan dari angin yang bertiup.-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 1902) dan Muslim (no. 2308)4- Menyegerakan berbuka puasa sebelum solat Maghrib, dengan mendahulukan memakan Rutab (kurma basah) atau Tamar (kurma kering) atau meminum air:
عن أنس بن مالك قال: كان رسول الله يفطر على رطبات قبل أن يصلي، فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات، فإن لم تكن حسا حسوات من ماء.
Maksudnya:Daripada Anas bin Malik berkata: “Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air”-Direkodkan oleh Abu Daud (no. 2348)5- Membelanjakan orang lain untuk berbuka puasa:
عَنْ زَيدِ بنِ خَالِدٍ الجُهْنيِّ قَالَ : قَالَ رَسُولُ الله (ص):"مَن فَطَّرَ صَائماً كَانَ له مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لا يَنقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئاً".
Maksudnya:Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhni RA berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Sesiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun".-Direkodkan oleh Tirmizi (no. 807), Ibnu Majah (no. 1746) dan An-Nasai dalam “Al-Kubra” (no. 3330-3331)6- Mendoakan orang yang membelanjakan orang lain untuk berbuka puasa:
عن أنس بن مالك أن النبي كان إذا أفطر عند أهل بيت قال لهم: "أفطر عندكم الصائمون، وأكل طعامكم الأبرار، وصلت عليكم الملائكة".
Maksudnya:Daripada Anas bin Malik RA, bahawasanya Nabi SAW pernah berbuka puasa bersama sebuah keluarga di rumah mereka, maka baginda mendoakan mereka: “Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat”.-Direkodkan oleh Imam Ahmad (3/118)7- Menghidupkan setiap malam Ramadhan dengan beribadah:
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله (ص):"من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه".
Maksudnya:Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang mendirikan (malam dengan beribadat) dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka diampunkan dosanya yang telah lalu”.-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 2008) dan Muslim (no. 174)8- Mendirikan Solat Tarawih dan solat-solat sunat yang lain:
ثبت من حديث أبي سلمة بن عبد الرحمن أنه سأل عائشة رضي الله عنها: كيف كانت صلاة رسول الله في رمضان؟ فقالت: ما كان يزيد في رمضان ولا في غيره على إحدى عشرة ركعة، يصلي أربعا فلا تسأل عن حسنهن وطولهن، ثم يصلي أربعا فلا تسأل عن حسنهن وطولهن، ثم يصلي ثلاثا، فقلت: يا رسول الله، أتنام قبل أن توتر. قال: "يا عائشة، إن عيني تنامان، ولا ينام قلبي".
Maksudnya:Daripada hadis Abi Salamah bin Abdul Rahman, bahawa beliau telah bertanya kepada Aishah RA: Bagaimanakah solat Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan? Beliau menjawab: Baginda tidak menunaikan solat pada bulan Ramadhan dan bulan-bulan lain lebih dari 11 rakaat, baginda bersolat 4 rakaat maka jangan ditanya tentang elok dan panjangnya, kemudian baginda bersolat 4 rakaat lagi maka jangan ditanya tentang elok dan panjangnya, kemudian baginda bersolat 3 rakaat, maka saya bertanya: Wahai Rasulullah, adakah kamu tidur sebelum solat witir? Baginda menjawab: “Wahai Aishah, sesungguhnya kedua-dua mataku tidur tetapi hatiku tidak tidur”.-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 2013) dan Muslim (1/509)9- Beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan dan mengajak ahli keluarga turut serta:
عن عائشة رضي الله عنها قالت: كان رسول الله إذا دخل العشر أحيا الليل، وأيقظ أهله، وجدَّ وشدَّ المئزر.
Maksudnya:Daripada Aishah RA berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW apabila masuknya 10 malam terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malamnya (dengan beribadat), mengejutkan ahli keluarganya, bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan mengetatkan kainnya (tidak bersetubuh).-Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/233-234) dan Muslim (no. 1174)10- Bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan:
ثبت من حديث عائشة رضي الله عنها قالت: كان رسول الله يجاور في العشر الأواخر من رمضان، ويقول: "تحروا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان".
Maksudnya:Daripada hadis Aishah RA berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan, baginda berkata: “Tuntutlah Lailatul Qadar dengan bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir Ramadhan”.-Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/225-226) dan Muslim (no. 1169)11- Doa khusus pada setiap malam Ramadhan:
عَنْ عَائشةَ رَضيَ الله عَنْهَا قَالَتْ: قُلتُ: "يا رَسولَ الله، أَرأَيتَ إنْ عَلِمْتُ أيَّ ليلَةٍ ليلَةَ القدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا؟ قَالَ: قولي: اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ كَريمٌ تُحبُّ العَفوَ فَاعْفُ عنِّي"
Maksudnya:Daripada Aishah RA berkata: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, jika aku tahu malam bilakah Lailatul Qadar, apakah doa yang patut aku ucapkan? Baginda berkata: “Berdoalah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Mulia Yang Sukakan Keampunan maka ampunilah aku”.-Direkodkan oleh Tirmizi (no. 3508)12- Membayar Zakat Fitrah sebelum Solat Aidil Fitri:
ثبت من حديث ابن عمر قال: فرض رسول الله زكاة الفطر صاعا من تمر أو صاعا من شعير على العبد والحر، والذكر والأنثى، والصغير والكبير، من المسلمين، وأمر بها أن تؤدى قبل خروج الناس إلى الصلاة.
Maksudnya:Daripada hadis Ibnu Umar berkata: Rasulullah SAW telah mewajibkan Zakat Fitrah sebanyak secupak tamar atau secupak gandum kepada setiap hamba dan merdeka, lelaki dan perempuan, kanak-kanak dan dewasa, dari kalangan umat Islam, baginda memerintahkan untuk menunaikannya sebelum keluar orang ramai untuk bersolat (Aidilfitri).-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 1503)Rujukan:1) Sahih Bukhari dan Muslim2) Sunan Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, An-Nasai3) Musnad Imam Ahmad4) Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyadhus Salihin lil Imam Nawawi: Dr Mustapha Bugha dan lain-lain5) Al-Muntaqa lil Hadis fi Ramadhan: Ibrahim bin Muhammad Al-Huqail6) Hadyun Nabi fi Ramadhan: Sami bin Muhammad bin Jadullah7) Taisir Al-Fiqh (Fiqh Siyam): Dr Yusuf Al-Qardhawi
-dipetik dari http://mendidik.blogspot.com/

Read more...

:: KELAS PEMULIHAN JAWI ::

>> Monday, September 15, 2008

Al-hamdulillah...Kelas Pemulihan Jawi SKS3F dalam proses menaiktaraf...tingkap biasa ke tingkap sliding.....terima kasih kepada Pentadbir.... !!!! Buat masa sekarang, Kelas Pemulihan Jawi diadakan di tempat lain. Semoga pembinaannya nanti, tidak lama. Kami menantikan lawatan dari Pegawai JPNNS, dan Guru Besar Daerah Jempol. Selamat Datang ke sekolah kami !!!

Read more...

:: MAJLIS KHATAM AL-QURAN ::

>> Tuesday, September 9, 2008

TARIKH : 25 SEPT 2008
HARI : KHAMIS
MASA : 7.40 PAGI
SASARAN :

  1. GURU-GURU SKS3F
  2. MURID-MURID SKS3F

Read more...

:: UJIAN BULAN SEPTEMBER 2008 ::

TARIKH : 9 SEPT 2008 - 11 SEPT 2008
HARI : SELASA - KHAMIS
SASARAN : TAHUN 1 , TAHUN 2, TAHUN 3, TAHUN 4, TAHUN 5

Read more...

:: KEM LITERASI AL-QURAN SEMPENA RAMADHAN ::

>> Monday, September 1, 2008

KEM LITERASI AL-QURAN BGAI TAHUN 2008 AKAN DILAKSANAKAN SEPERTI BERIKUT :

HARI : RABU (HARI KOKURIKULUM)
MASA : 2 JAM (7.40-9.40 PAGI)
FASI : GPI & Guru j-QAF
TEMPAT : KELAS THN 1 -3
SASARAN : MURID THP 1 YANG MASIH LAGI MEMBACA IQRA' 1-4
OBJEKTIF : SEMUA MURID MELEPASI IQRA' 5

Read more...

:: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN YA RAMADHAN KARIIM ::


Read more...

:: AWWAL KALAM ::

>> Thursday, July 31, 2008

Photobucket

Read more...

.:: KENALI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM ::.

>> Wednesday, July 30, 2008

Read more...

:: TERIMA KASIH ::

>> Tuesday, July 29, 2008

TERIMA KASIH BUAT SEMUA WARGA SKS3F KERANA BERSAMA-SAMA BEKERJASAMA PADA 29 JULAI 08 UNTUK MERAIKAN KEHADIRAN PARA TETAMU MAJLIS SEMAIAN WAHYU PADA 31 JULAI 2008.

STAF PEREMPUAN : MELABEL / HADIAH / SIJIL / BUKU PROGRAM / PENTAS
STAF LELAKI : PERSIAPAN TEMPAT / PENTAS / ICT / PA SISTEM

:: TERIMA KASIH DI ATAS SEGALA SUMBANGAN KERINGAT DAN IDEA ::

Read more...

:: BENGKEL JAWI ::

TARIKH : 29 JULAI 2008
MASA : 2.30 PTG
TMPT : SK SERTING HILIR KOMPLEKS
PESERTA : GURU PENDIDIKAN ISLAM LUAK SERTING
PENCERAMAH : UST ABD. JALIL MD. ZIN PENYELIA AGAMA ISLAM PPDJJ
KOMEN : BAGUS UNTUK SEMUA GURU PENDIDIKAN ISLAM
: MEMPERTINGKATKAN PENGETAHUAN
: MENGINGAT KEMBALI KEMAHIRAN DAN SIFIR JAWI

Read more...

:: BUKU SKRAP JAWI ::

>> Thursday, July 24, 2008

TINDAKAN :

24 JULAI 2008 :
- PENGEDARAN BORANG PENDAFTARAN KPD SEMUA MURID THN 1-6
- GERAK KERJA MENGGUNTING DAN MENAMPAL PADA KERTAS WARNA
- GERAK KERJA PERTAMA - DIJALANKAN OLEH MURID THN 2
- KEMPEN SEHARI 5 MUKA SURAT

Read more...

:: PANORAMA SKS3F 2007 ::

>> Tuesday, July 22, 2008

Read more...

:: KERENAH YANG DIRAKAM ::

>> Monday, July 21, 2008

Read more...

:: MAJLIS SEMAIAN WAHYU ::







:: Taklimat Majlis Semaian Wahyu ::
Tarikh : 22 Julai 2008
Masa : 7.30 pagi
Tmpt : Diwan Syura Umar al-Khattab, SKS3F
Kehadiran : Wajib

Agenda :


  1. Ucapan Pengerusi

  2. Pembentangan Kertas Kerja oleh Setiausaha - Pn. Hjh. Shazlina

  3. Hal-hal Berbangkit

:: Mulakan dengan Bismillah, akhiri dengan al-Hamdulillah. Semoga perhimpunan dan perpisahan kita mendapat berkat dan rahmat Ilahi sentiasa. Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami untuk melaksanakan Majlis Semaian Wahyu ini, walau masa terlalu suntuk untuk mempersembahkan yang terbaik untuk semua ::

:: MAJLIS SEMAIAN WAHYU ::

Alhamdulillah, Majlis Semaian Wahyu Peringkat Zon A PPD Jempol Jelebu telah selamat dijalankan dengan jayanya dan dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah, al-Fadhil Ustaz Ramadhan, Kaunselor PPD Jempol Jelebu.

Senarai pemenang akan dimaklumkan pada post yang akan datang.

Read more...

:: GENERASI AL-QURAN ::

>> Saturday, July 19, 2008


Read more...

:: PERPISAHAN UNTUK BERTEMU ::




Posted by Picasa

Read more...

:: PANORAMA SK SERTING 3 (F) ::

>> Thursday, July 17, 2008

Read more...

:: PROGRAM YAASIIN UNTUKKU & UNTUKMU ::

>> Tuesday, July 15, 2008




Posted by Picasa

Read more...

:: PERTANDINGAN BUKU SKRAP JAWI ::

ANJURAN : UTUSAN MALAYSIA & TABUNG HAJI
SASARAN : MURID TAHUN 1-6
TEMPOH : JULAI - SEPTEMBER 2008
TINDAKAN SKS3F :

  • MENGIKLANKAN DI PAPAN KENYATAAN PANITIA
  • MENGUMUMKAN DI TAPAK PERHIMPUNAN
  • PENDAFTARAN
  • TARIKH BERMULA - 18 JULAI 2008
  • TARIKH SERAHAN KEPADA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM - 1 SEPTEMBER 2008
  • KEMPEN GUNTING DAN TAMPAL MEDIA JAWI
  • BIMBINGAN : GPI, Guru J-QAF, GURU SENI & VISUAL

SEMOGA SEMUA MURID SKS3F MENYERTAINYA UNTUK SAMA-SAMA MEMARTABATKAN JAWI SEBAGAI WARISAN TIDAK TERNILAI ORANG MELAYU.

Read more...

:: TAKLIMAT MAJLIS SEMAIAN WAHYU PERINGKAT PANITIA ::

TARIKH : 15 JULAI 2008
HARI : SELASA
MASA : 1.30 PTG - 2.45 PTG
KEHADIRAN :

  1. PN. ASMAWATIE JUNUS

  2. PN. NOR HAYATI HARON

  3. PN. NOOR HAYATI RAMELI

  4. PN. SHAZLINA AB. AZIZ

  5. CIK ASRUL EZAIMI MOHD ARIFFIN

  6. PN. AIDA ABDULLAH HADI

  7. PN. SAERAH HJ KARIN


AGENDA :




  1. TAKLIMAT OLEH SHAZLINA

  2. PENENTUAN TEMPAT, PERALATAN, AJK

  3. SASARAN : SEKOLAH, GURU DAN PESERTA

  4. BAJET

  5. HADIAH

  6. TINDAKAN

Dewan Syura Umar al-Khattab,
Sek. Keb. Serting 3 (F).
Di sinilah segala keputusan bersama dibuat.

Read more...

.:: PELANCARAN LAMAN WEB j-QAF SKS3F ::.

>> Monday, July 14, 2008

TARIKH : 18 JULAI 2008
HARI : JUMAAT
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT :
DEWAN IBN AL-KHALDUN, SK SERTING 3 (F)
PERASMIAN :
YANG BERUSAHA TN. GURU BESAR SK SERTING 3 (F)

Read more...

:: TUAN RUMAH MAJLIS SEMAIAN WAHYU ZON A ::

Tarikh : 31 Julai 2008
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi
Pertandingan :

  1. Tilawah al-Quran Lelaki - Tahun 4 shj
  2. Tilawah al-Quran Perempuan - Tahun 4 shj
  3. Kuiz Tahap 1 - Murid Tahun 1
  4. Kuiz Tahap 2 - Murid Tahun 4-5

Selamat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh ketekunan dan kesabaran. Demi melihat keberkesanan Pendidikan Islam di dalam jiwa murid-murid Islam di sekolah rendah.

Read more...

UNTAIAN PESANAN DAN HARAPAN UNTUK UNIT j-QAF SK SERTING 3 (F)

>> Sunday, July 13, 2008

TINTA GURU BESAR.....EN. ABD. HAMID BIN YAHAYA ANS, PMC, PJK
" Peranan guru-guru Pendidikan Islam amat penting dalam pembentukan sahsiah murid-murid khususnya di kawasan felda. Teruskan bimbingan al-Quran, Kem Bestari Solat, Bahasa Arab dan Jawi kerana dulu tiada program seperti ini. Moga anak-anak Felda cemerlang di dunia dan di akhirat ".

TINTA GPK KURIKULUM....PN. HASNAH BT YUSUF
" Teruskan kecemerlangan, realisasikan pengharapan bermakna dunia dan akhirat"





TINTA GPK HEM...EN. SAMSUDIN BIN KHAMIS
" Semoga program ini memberi manfaat dunia dan akhirat "




TINTA GPK KO-KURIKULUM...EN. ADZMI BIN MHD. SALLEH
"Komuniti Sekolah mengharapkan Unit j-QAF mampu menyumbang kepada pembentukan sahsiah murid ke arah yang lebih terpuji"



TINTA KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM...
PN. ASMAWATIE BT JUNUS
"Terima kasih sudi bersama-sama bergandingan memartabatkan Pendidikan Islam di SK. Semoga kitakan terus seiring membimbing anak-anak Islam".

Read more...

ANALISIS PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA TAHUN 2008

:: PENDIDIKAN ISLAM ::
TAHUN 1
BIL. CALON : 65 ORG
GRED A : 41 ORG
GRED B : 12 ORG
GRED C : 6 ORG
GRED D : 5 ORG
% MENGUASAI : 92.19
TAHUN 2
BIL. CALON : 83 ORG
GRED A : 29 ORG
GRED B : 26 ORG
GRED C : 22 ORG
GRED D : 6 ORG
% MENGUASAI : 92.77
TAHUN 3
BIL. CALON : 96 ORG
GRED A : 34 ORG
GRED B : 25 ORG
GRED C : 25 ORG
GRED D : 12 ORG
% MENGUASAI : 87.50
TAHUN 4
BIL. CALON : 85 ORG
GRED A : 43 ORG
GRED B : 9 ORG
GRED C : 14 ORG
GRED D : 17 ORG
% MENGUASAI : 77.65
-------------------------------------------------------------
:: JAWI ::
TAHUN 1
BIL. CALON : 65
BIL. HADIR : 64 ORG
GRED A : 43 ORG
GRED B : 10 ORG
GRED C : 7 ORG
GRED D :4 ORG
% MENGUASAI : 93.75
TAHUN 2
BIL. CALON : 83 ORG
GRED A : 56 ORG
GRED B : 5 ORG
GRED C : 18 ORG
GRED D : 2 ORG
GRED E : 2 ORG
% MENGUASAI : 95.18
TAHUN 3
BIL. CALON : 96 ORG
GRED A : 42 ORG
GRED B : 34 ORG
GRED C : 15 ORG
GRED D : 4 ORG
GRED E : 1 ORG
% MENGUASAI : 94.79
TAHUN 4
BIL. CALON : 85 ORG
GRED A : 35 ORG
GRED B : 15 ORG
GRED C : 18 ORG
GRED D : 15 ORG
GRED E : 2 ORG
% MENGUASAI : 80.00
------------------------------------------------------------------
:: BAHASA ARAB ::

TAHUN 1

BIL CALON : 65 ORG
GRED A : 35 ORG
GRED B : 12 ORG

GRED C : 11 ORG

GRED D :6 ORG

% MENGUASAI : 90.63

TAHUN 2

BIL. CALON : 83 ORG

GRED A : 12 ORG

GRED B : 28 ORG

GRED C : 31 ORG

GRED D : 10 ORG

GRED E : 2 ORG

% MENGUASAI : 85.54

TAHUN 3

BIL. CALON : 96 ORG

GRED A : 44 ORG

GRED B : 29 ORG

GRED C : 22 ORG

GRED D : 1 ORG

% MENGUASAI : 98.96

TAHUN 4

BIL. CALON : 85 ORG

GRED A : 37 ORG

GRED B : 30 ORG

GRED C : 11 ORG

GRED D : 5 ORG

GRED E : 2 ORG

% MENGUASAI : 91.76




Read more...

PANORAMA KELAS PEMULIHAN JAWI




Read more...

:: SEKOLAH BENCHMARK N. SEMBILAN ::


Kami telah menerima kunjungan Pegawai Kurikulum JPNNS pada 21 April untuk pemantauan sekolah benchmark j-QAF. Kami telah mendapat markah sebanyak 96.37 %. Kami hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, walau susah, walau senang, Pendidikan Islam di SK pasti diperkasakan dengan izin Allah. Terima kasih kepada semua yang menyumbang idea, teguran, pujian....jasa kalian walau sekelumit, pasti dibalas jua.


Read more...

:: KEM BESTARI SOLAT ::

KBS SK SERTING 3 (F) DIJALANKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT :

HARI : RABU
MASA : 7.40 - 9.40 PAGI
SASARAN : MURID TAHUN 1, TAHUN 2, DAN TAHUN 3

HARI : RABU (AKHIR BULAN) / JUMAAT / SABTU
MASA : 7.40 - 9.40 PAGI / 2.00 - 5.30 PTG
SASARAN : MURID TAHUN 4

MAJLIS PENUTUP KBS TAHUN 2008

TARIKH : 13 OGOS 2008
HARI : RABU
MASA : 7.40 - 9.40 PAGI

** TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA SKS3F TERUTAMA GURU PENDIDIKAN ISLAM SK SERTING 3 (F) YANG TIDAK JEMU-JEMU MEMBIMBING ANAK-ANAK ISLAM MENUNAIKAN SOLAT **

Read more...

:: KHATAM AL-QURAN ::

TAHUN 1 - 2 : MAJORITI MASIH LAGI MEMBACA BUKU IQRA'
TAHUN 3 : SEORANG TELAH KHATAM AL-QURAN
TAHUN 4 : 11 ORANG TELAH KHATAM AL-QURAN

SUKATAN KHATAM AL-QURAN ENAM BULAN PERTAMA TELAH BERJAYA MENCAPAI OBJEKTIFNYA :

TAHUN 1 : SURAH AL-BAQARAH
TAHUN 2 : SURAH AL-NISA'
TAHUN 3 : SURAH AL-ANFAAL
TAHUN 4 : SURAH AL-KAHFI

KELAS TASMIK

TAHUN 1
HARI : ISNIN
MASA : 1.30 - 2.30 PTG
FASILITATOR : GURU PENDIDIKAN ISLAM & GURU j-QAF

TAHUN 2
HARI : SELASA
MASA : 1.30 - 2.30 PTG
FASILITATOR : GURU j-QAF

TAHUN 3
HARI : RABU
MASA : 1.00 - 2.00 PTG
FASILITATOR : GURU j-QAF

TAHUN 4
HARI : KHAMIS
MASA : 1.20 - 2.30 PTG
FASILITATOR : GURU j-QAF

KEM LITERASI AL-QURAN

TARIKH : AKAN BERMULA PADA BULAN RAMADHAN 1429H
MASA : 7.40 - 9.40 PAGI
HARI : RABU
SASARAN : MURID YANG MASIH MEMBACA IQRA' 1-4
FASILITATOR : GURU PENDIDIKAN ISLAM, GURU j-QAF

Read more...

:: KELAS PEMULIHAN JAWI SK SERTING 3 (F)

Model Kelas Pemulihan Jawi j-QAF SK. Serting 3 (F) bermula pada tahun 2005 dan masih
dijalankan sehingga kini,
Terdapat 30 orang murid Tahun 1 yang tidak mengenal huruf tunggal Jawi pada
tahun 2005. Bilangan murid yang tidak mengenal huruf tunggal Jawi pada tahun 2006
adalah seramai 60 orang yang terdiri daripada murid Tahun 1 dan Tahun 2 . Tahun 2007,
bilangan murid yang dikenalpasti tidak melepasi ujian pengesanan pencapaian individu
adalah seramai 97 orang yang terdiri daripada murid-murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun
3.
Pencapaian yang menggembirakan ialah apabila terdapat sebuah kelas Tahun 3, iaitu Tahun 3 UM yang mana kesemua muridnya melepasi ujian diagnostik yang dijalankan. Manakala 9 orang murid Kelas Pemulihan Jawi Tahun 3 UKM telah berjaya dipulihkan pada bulan Jun 2007.
Hanya murid-murid yang mendapat Gred A & B di dalam Ujian Pencapaian yang diadakan akan dipulangkan ke kelas asal mereka. Hasil dari mengikuti Kelas Pemulihan Jawi, terdapat hanya seorang murid Tahun 1 berjaya dipulihkan, 17 orang pada tahun 2006 dan 65 orang pada 15 Jun 2007. Kini, terdapat 32 orang murid yang masih mengikuti Kelas Pemulihan Jawi.

Peningkatan pencapaian dan minat murid kepada matapelajaran Jawi menjadi pendorong
kepada guru-guru j-QAF untuk terus bergandingan dengan Guru Pendidikan Islam dalam
memartabatkan Jawi di SK Serting 3 (F) dan melahirkan murid-murid yang celik Jawi.

Pada tahun 6 bulan pertama 2008, terdapat seramai 105 orang murid Kelas Pemulihan Jawi yang telah dikenalpasti setelah ujian dioagnostik dijalankan. Pada 6 bulan kedua, murid Kelas Pemulihan Jawi telah berkurang kepada 50 orang yang sedang mengikuti kelas ini. Semoga pada penghujung tahun 2008, mereka semua dapat kembali ke kelas biasa.

Read more...

:: MODEL KELAS PEMULIHAN JAWI j-QAF ::

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula
dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu
seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan pemantauan
mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu
dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata-mata masih
belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF
menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid
boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.

Model Kelas Pemulihan Jawi diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta
mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

Kelas Pemulihan Jawi dijalankan serentak dengan waktu pengajaran jawi murid-murid biasa. Dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 1 jawi di ajar selama 2 waktu seminggu. Selepas itu ia diajar selama 1 waktu seminggu.

Read more...

.::::::: SEKILAS MENGENAI j-QAF :::::::.

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.

Murid-murid istimewa dalam sistem pendidikan khas juga akan dilibatkan dalam program j-QAF. Pelaksanaan ini memerlukan tenaga guru yang khas, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan sokongan dan insentif yang khas serta kemudahan-kemudahan lain.

Read more...

SEJARAH j-QAF BERMULA....2005


Sek. Keb. Serting 3(F) menerima penempatan 3 orang guru j-QAF pada 15 Februari 2005. Mereka terdiri daripada En. Norhisham Bin Abdullah (Bahasa Arab) BA Hons. Syariah
Universiti al-Azhar, Cik Siti Kasmayati Bt Yahya (al-Quran) BA Hons. Pengajian al-Quran & Sunnah, KUIM dan Pn. Hjh. Shazlina Bt. Ab. Aziz (Pemulihan Jawi) MA Usuluddin, UM
BA Hons. Usuluddin, UM.

Model-model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum j-QAF telah dilaksanakan mengikut garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia demi untuk memperkasakan Pendidikan Islam dalam sistem Pendidikan Islam di Malaysia.

Pada Januari 2007, Sek. Keb. Serting 3 (F) menerima seorang lagi guru j-QAF iaitu Pn. Noorhayati Bt Rameli (Bahasa Arab) BA Hons. Usuluddin, UKM untuk sama-sama bergandingan memartabatkan Pendidikan Islam.

Pada tahun 2008, SKS3f menerima seorang lagi guru j-QAF yang menggantikan Ustaz Norhisham yang berpindah mengikut isteri ke Sabah, Cik Asrul Ezaimie Mohd. Ariffin, seorang graduan dari Universiti al-Bayt Bayt, Jordan.

Semoga usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Read more...

LENCANA SK SERTING 3 (F)


WARNA / SIMBOL

PENGERTIAN :

MERAH
HIJAU
KUNING
Diambil sempena warna-warna yang terdapat dalam bendera Negeri Sembilan Darul Khusus

HIJAU
PUTIH
Diambil dari warna asas bendera sekolah
Sek. Keb. Serting 3 (F)

BINTANG
BULAN SABIT MERAH
Lambang Agama Islam
Ini bermakna Sek. Keb. Serting 3 (F) adalah berteraskan kepada Pendidikan Islam
BUKU
Melambangkan kepentingan ilmu dan pendidikan dalam kehidupan ini

OBOR
Melambangkan sekolah sebagai cabang institusi yang menyampaikan illmu

GELUNG
Lambang Perpaduan

MOTTO – “Ilmu Pembina Insan”
Bermaksud dengan memiliki ilmu sahaja barulah seseorang itu boleh menjadi insan sempurna dan berjaya di dalam kehidupannya di dunia dan akhirat

Read more...

SK SERTING 3 (F)



SK Serting 3 (F) mula ditubuhkan pada 6 November 1989 dan beroperasi pada 4 Disember 1989 apabila seramai 700 orang murid dari Sek. Keb. Serting ( F ) dihantar ke sekolah ini yang baru selesai pembinaannya oleh kerajaan.

Sekolah ini terletak di perkampungan Felda Serting 3 ( sekarang dikenali dengan nama Felda Raja Alias 3 ) dan kerana itulah sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Serting 3 ( Felda ). Pada mulanya, sekolah ini ada dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Kelas yang terlibat dengan sesi pagi ialah Tahun 1, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Manakala Tahun 2 dan Tahun 3 diadakan pada sesi petang. Mulai Februari 1997, sekolah ini dapat dijalankan sebanyak satu sesi sahaja apabila bengunan tambahan siap pembinaannya.

Sejak dari penubuhan sekolah ini hingga sekarang, terdapat banyak perubahan sama ada dari segi fizikal, keluasan, jumlah bangunan, jumlah bilangan murid dan guru serta persekitaran sekolah yang menarik .

Pada Januari 1998, sekolah ini berkongsi bangunan dengan Sekolah Menengah Serting ( Felda ) yang mula beroperasi dan belum mempunyai bangunan sendiri. Sekolah menengah ini diadakan pada sesi petang. Hanya pada 8 Oktober 2001 barulah Sekolah Menengah Serting ( Felda ) berpindah setelah bangunan sendiri siap dibina sepenuhnya

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP