:: KELAS PEMULIHAN JAWI SK SERTING 3 (F)

>> Sunday, July 13, 2008

Model Kelas Pemulihan Jawi j-QAF SK. Serting 3 (F) bermula pada tahun 2005 dan masih
dijalankan sehingga kini,
Terdapat 30 orang murid Tahun 1 yang tidak mengenal huruf tunggal Jawi pada
tahun 2005. Bilangan murid yang tidak mengenal huruf tunggal Jawi pada tahun 2006
adalah seramai 60 orang yang terdiri daripada murid Tahun 1 dan Tahun 2 . Tahun 2007,
bilangan murid yang dikenalpasti tidak melepasi ujian pengesanan pencapaian individu
adalah seramai 97 orang yang terdiri daripada murid-murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun
3.
Pencapaian yang menggembirakan ialah apabila terdapat sebuah kelas Tahun 3, iaitu Tahun 3 UM yang mana kesemua muridnya melepasi ujian diagnostik yang dijalankan. Manakala 9 orang murid Kelas Pemulihan Jawi Tahun 3 UKM telah berjaya dipulihkan pada bulan Jun 2007.
Hanya murid-murid yang mendapat Gred A & B di dalam Ujian Pencapaian yang diadakan akan dipulangkan ke kelas asal mereka. Hasil dari mengikuti Kelas Pemulihan Jawi, terdapat hanya seorang murid Tahun 1 berjaya dipulihkan, 17 orang pada tahun 2006 dan 65 orang pada 15 Jun 2007. Kini, terdapat 32 orang murid yang masih mengikuti Kelas Pemulihan Jawi.

Peningkatan pencapaian dan minat murid kepada matapelajaran Jawi menjadi pendorong
kepada guru-guru j-QAF untuk terus bergandingan dengan Guru Pendidikan Islam dalam
memartabatkan Jawi di SK Serting 3 (F) dan melahirkan murid-murid yang celik Jawi.

Pada tahun 6 bulan pertama 2008, terdapat seramai 105 orang murid Kelas Pemulihan Jawi yang telah dikenalpasti setelah ujian dioagnostik dijalankan. Pada 6 bulan kedua, murid Kelas Pemulihan Jawi telah berkurang kepada 50 orang yang sedang mengikuti kelas ini. Semoga pada penghujung tahun 2008, mereka semua dapat kembali ke kelas biasa.

0 comments:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP