:: MODEL KELAS PEMULIHAN JAWI j-QAF ::
>> Sunday, July 13, 2008
Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula
dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu
seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan pemantauan
mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu
dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata-mata masih
belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF
menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid
boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.
Model Kelas Pemulihan Jawi diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta
mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.
Kelas Pemulihan Jawi dijalankan serentak dengan waktu pengajaran jawi murid-murid biasa. Dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 1 jawi di ajar selama 2 waktu seminggu. Selepas itu ia diajar selama 1 waktu seminggu.
0 comments:
Post a Comment