SK SERTING 3 (F)
>> Sunday, July 13, 2008
SK Serting 3 (F) mula ditubuhkan pada 6 November 1989 dan beroperasi pada 4 Disember 1989 apabila seramai 700 orang murid dari Sek. Keb. Serting ( F ) dihantar ke sekolah ini yang baru selesai pembinaannya oleh kerajaan.
Sekolah ini terletak di perkampungan Felda Serting 3 ( sekarang dikenali dengan nama Felda Raja Alias 3 ) dan kerana itulah sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Serting 3 ( Felda ). Pada mulanya, sekolah ini ada dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Kelas yang terlibat dengan sesi pagi ialah Tahun 1, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Manakala Tahun 2 dan Tahun 3 diadakan pada sesi petang. Mulai Februari 1997, sekolah ini dapat dijalankan sebanyak satu sesi sahaja apabila bengunan tambahan siap pembinaannya.
Sejak dari penubuhan sekolah ini hingga sekarang, terdapat banyak perubahan sama ada dari segi fizikal, keluasan, jumlah bangunan, jumlah bilangan murid dan guru serta persekitaran sekolah yang menarik .
Pada Januari 1998, sekolah ini berkongsi bangunan dengan Sekolah Menengah Serting ( Felda ) yang mula beroperasi dan belum mempunyai bangunan sendiri. Sekolah menengah ini diadakan pada sesi petang. Hanya pada 8 Oktober 2001 barulah Sekolah Menengah Serting ( Felda ) berpindah setelah bangunan sendiri siap dibina sepenuhnya
0 comments:
Post a Comment